Saturday, July 23, 2011

kalau tak MALU,do anything u want~

Sifat malu seolah-olah sudah terhakis dari diri kita hingga kita tidak mengindahkan batasan-batasan agama dan sebebasnya melanggari larangan Allah.Malu adalah lambang kesempurnaan iman sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dgn sabdanya : "Sifat malu adalah ranting daripada iman"(rwyat bukhari dan muslim) Jika dipisahkan malu drp peribadi seseorang muslim,maka terzahirlah keaiban dan kekurangan pada dirinya.

Terdapat dua jenis malu:
-Malu semulajadi
-Malu yang diusahakan

*MALU SEMULAJADI
ialah malu yg mrupakan akhlak semulajadi tanpa perlu diusahakan utk mndptknnya.Ia mrupkan anugerah Allah kepada hamba-Nya.Dengan sifat malu ini,seseorang itu malu untuk melakukan maksiat kpd Allah s.w.t dan berakhlak yg keji.Rasulullah s.a.w adalah teladan yg paling baik kerana baginda adalah seorang yang pemalu.

*MALU YANG DIUSAHAKAN
ia bermaksud berusaha utk mgenal Allah.keagungan-Nya dan sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya agar lahir sifat malu kita terhadap Allah s.w.t .Malu utk melakukan maksiat trhdp-Nya.Orang yg benar-benar berusaha untuk perkara ini adlh orang yg paling kuat imannya dan paling tinggi darjatnya disisi ALLAH s.w.t

Kesan sifat MALU :
Al-IFFAH~ kesopanan yg menghalang diri daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik dan keji

AL-WAFA'~ benar pada janji dan amanah.al-Ahraf bin Qais berkata:"dua perkara yg tidak terhimpun kedua-duanya selama-lamanya di dalam kehidupan manusia iaitu dusta dan maruah" Maruah yang dimaksudkan termasuklah benar,amanah,malu,dan kesopanan.

MALU Seorang Muslimah:
Sifat malu merupakan perhiasan utama bagi seorang muslimah.Muslimah yang berkerjaya atau muslimah yang menjadi suri rumah sepenuh masa tetap diperintahkan mempertahankan fitrah mereka dengan memelihara sifat malu.Dalam Al-Quran juga telah merakamkan kisah salah seorang puteri Nabi Allah,Syuib a.s. ketika bapanya memerintahkan utk menjemput Nabi Musa.a.s

No comments:

Post a Comment