Friday, July 29, 2011

Surat Mutarobbi Kepada Murobbi

Abang,sy risau... Sy sgt2 risau,kalo dlu..sy gmbira tgok sume org, skang ni..sy dh xmcm dlu lg..
Abang tahu knp? Sbb sy risau tgok keadaan sume org.. Name shj muslim,tp prangai x mcm muslim pon.
Name shj pndakwah, tp prangai same shj dgn yg bkn pndakwah,yg melepak,yg brfoya2,yg brlagak bagos,yg brhati busuk Brdasarkn apa yg sy dh blaja,pndakwah x patut mcm ni..
Pndakwah patut fhm smue Fiqh, esp Fiqh Ikhtilaf!
Kalo x fhm fiqh ikhtilaf,mcm mane nk brdakwah!
Kalo sbb bende kecik pon nk brgadoh, mcm mane nk brdakwah?
Mangsenye KAMI!!
bknnye pndakwah skalian!
Kamilah mangsenye!!!
Knape perlu brtengkar ats prkr2 yg kcik2?
Inikah yg diajar Baginda?
Inikah yg dibawa Al-Quran?
Inikah yg pndakwah nk tonjolkan pd KAMI??
Kalo dulu, zmn Abbasiyah jatuh sbb trlalu menekankn prkr2 yg furu'
Knape skrg kite nk ulang blk sejarah?
Ape kite x blaja dr sejarah?
Bg sy, yg pntg adlh TARBIYYAH
Asalkan brlangsung tarbiyyah, x usahlah kite nk brgaduh2
Kononnye utk mnjamin ikatan silaturrahim
Kononnye utk mngukuhkan prsaudaraan
Tp, hakikatnye ape?
Pndakwah nk tunjuk 'power'
Kononnye die shj yg btol,org len sume slh
Ya, mmg bnar Islam itu satu,
Tp sedarkah bhw,amat mustahil skrg utk Islam brgerak dibwh satu organisasi
Semuenye akibat rancangan Yahudi laknatullah
Yg kite nk kecoh2 psl satu organisasi,satu kumpulan,satu jemaah,satu parti buat ape?
Adkh iman kite bole naik dgn kite kecoh2 psl ni?
Adkh Islam komfem nek dgn kite kecoh2 psl ni?
Satu organisasi itu hanye boleh wujud pabila wujudnye SISTEM KHALIFAH
Bahkan kalo dh ade sistem khalifah skalipon, ade Lujnah2nye
Bknnye 1 shj Lujnah yg ade.
Sy harap abang x terase kalo bhs sy trlalu kasar
Sy cume melafazkn ape yg sy rase trbuku dlm hati sy
Niat sy hanye utk meluahkn rase hati ni.

Wahai para Da'ie, tidak malukah antum semua dihadapan mad'u-mad'u antum?
Atau antum semua memang bermukakan tembok?
Antum bertengkar, bukan antum sahaja yang dapat impaknya, tetapi mad'u antum yang paling banyak impaknya.
Antum fikir antum semua bergelar da'ie antum adalah maksum
Antum fikir semua yang antum buat adalah betul
Tetapi antum salah
Pabila antum mula terfikir sebegitu, antum sudah bersalah.
Bukan sahaja pada diri antum, bahkan juga pada Allah, Rasulullah, mad'u-mad'u antum serta masyarakat Islam seluruhnya. Bertaubatlah para Da'ie jika sudah mula berfikir sebegitu.
Ana malu dengan penulis surat sebelum ini. Ana segan untuk berhadapan dengannya.
Ana tak sanggup menampakkan muka ana padanya.
Astaghfirullah...
Mungkin surat itu ditujukan kepada ana khususnya, mungkin juga kepada antum. Apa-apa pun, ambillah ibrah daripada luahan hati mutarobbi itu.
Namun, ana sedar bahawa Da'ie memang sentiasa dipandang oleh semua orang, terutamanya mutarobbinya. Mutarobbi sebenarnya adalah orang yang dekat dengan murobbi. Jika si murobbi berbuat apa sahaja, si mutarobbi akan sentiasa mengikutnya seperti role model. Jadi, jika si mutarobbi adalah sepeka mutarobbi tersebut, maka banyak salah si murobbi yang si mutarobbi sedar. Mungkin pada tutur katanya, mungkin pada gerak lakunya, mungkin pada paras rupanya, mungkin pada amal ibadahnya, hatta sehingga ke perkara-perkara yang kecil sekali pun si mutarobbi peka. Inikan pula perkara yang sebesar-besarnya. Pergaduhan adalah contoh yang sangat ketara.
Di mana-mana sekalipun ada pergaduhan dari segi perkara-perkara yang khilaf.
Betul kata mutarobbi tersebut bahawa para Da'ie perlu faham sedalam-dalamnya Fiqhul Ikhtilaf sebelum memulakan kerja dakwahnya, supaya tiada persengketaan berlaku. Berdasarkan pemerhatian ana Da'ie zaman sekarang main hentam kromo dalam melaksanakan dakwah. Tidak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, tidak berpandukan kitab-kitab para Syeikh dan Imam yang terdahulu.
Bukankah telah banyak buku yang ditulis oleh para Syeikh dan Imam terdahulu tentang Fiqhul Ikhtilaf, Fiqhud Da'wah, Fiqhul Muazonat?
Adakah kita rasa bahawa kita sudah lebih hebat daripada mereka untuk berdakwah berlandaskan pengalaman, pemerhatian dan eksperimen kita semata?
Fiqhul Ikhtilaf sangat penting untuk para Da'ie supaya tiada salah faham yang berlaku antara mereka. Seperti para Imam Fiqh yang utama iaitu pengasas Mazhab Hanbali, Maliki, Syafi'e, Hanafi. Mereka tidak pernah bergaduh antara satu sama lain. Tetapi yang bergaduhnya adalah para pengikut yang tiada kefahaman tentang Fiqhul Ikhtilaf. Jika para Da'ie bergaduh kerana gerak kerja yang berlainan, ini bermakna Da'ie tersebutlah yang tiada pengetahuan tentang Fiqhul Ikhtilaf. Bukankah sebegitu wahai Da'ie sekalian? Tak usahlah kita bertegang leher kerana gerak kerja kita yang berlainan, sebaliknya ambillah kelainan ini sebagai suatu Nikmah daripada Allah. Janganlah kita ambil kelainan ini sebagai suatu Bala' daripada Allah.
Bukankah sejak azali kita dicipta dengan variasi?
Bukankah variasi itu cantik lagi menawan?
Bukankah variasi ini yang menyebabkan dunia seperti dunia?
Tulisan ini hanya luahan hati, bukannya untuk menagih belas simpati.



copy from hamba ALLAH.

No comments:

Post a Comment